Thursday 21 July 2011

3 soalan 1 jwapan


Ada seorang anak muda ini telah pulang ke tanah air setelah sekian lama ke luar negara. Apabila dia pulang, dia meminta ibu bapanya mencari seorang ulama' atau profesor yang dapat membantunya menjawab 3 soalan yang menganggu fikirannya..

 
Anak muda :Siapa anda? Adakah anda dapat menjawab soalan saya?


Ulama' :Saya salah seorang hamba Allah dan insyaAllah saya boleh menjawab soalan anda.
Anak muda :Anda pasti? Saya dah jumpa banyak profesor dan mereka tidak dapat menjawab soalan saya.
Ulama' :Saya akan cuba sebaik mungkin dengan bantuan Allah
Anak muda :Saya ada 3 soalan :

1)ADAKAH ALLAH WUJUD?
2)APA ITU TAKDIR?
3)JIKA SYAITAN DIBUAT DARIPADA API,MENGAPA AKHIR SEKALI DIA AKAN DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA YANG JUGA DIBUAT DARIPADA API. SUDAH PASTI TIDAK AKAN MENYAKITKAN DIA KERANA SYAITAN DAN NERAKA SAMA-SAMA DIBUAT DARIPADA API?

~Tiba-tiba ulama' itu menampar pipi anak muda itu dengan kuat~

Anak muda :(dalam kesakitan) Hei,mengapa anda marahkan saya?
Ulama' :Saya tidak marah.Tamparan tadi adalah jawapan saya kepada 3 soalan anda tadi.
Anak muda :Saya tidak faham.
Ulama' :Apa yang anda rasa selepas saya menampar anda tadi?
Anak muda :Sudah pasti saya merasa kesakitan.
Ulama' :Jadi,anda percaya yang kesakitan itu wujud?Tunjukkan bagaimana rupa kesakitan itu?
Anak muda :Saya tak boleh.
Ulama' :Itulah jawapan saya pada soalan anda yang pertama. Setiap daripada kita dapat merasakan kewujudan Allah tanpa kita dapat melihat rupaNya.
Ulama’:Adakah malam tadi anda bermimpi anda akan ditampar oleh saya?
Anak muda :Tidak
Ulama' :Adakah anda terfikir yang anda akan mendapaat tamparan daripada saya?
Anak muda :Tidak
Ulama' :Itulah 'TAKDIR'.Saya menggunakan tangan saya untuk tampar anda tadi.(dengan izin Allah)
Ulama’: Daripada apa, tangan saya dibuat?
Anak muda :Kulit
Ulama' :Bagaimana dengan muka anda?
Anak muda :Daripada kulit juga
Ulama' :Bagaimana anda rasa selepas ditampar oleh saya?
Anak muda :Kesakitan
Ulama' :Walaupun syaitan dan neraka sama-sama dibuat daripada api, kalau Allah kehendaki ,InsyaAllah neraka itu adalah tempat paling sakit untuk syaitan.
 
Diingatkan:  JANJI JANJI ALLAH DATANG DENGAN PERINTAH PERINTAH ALLAH.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...