Tuesday 26 July 2011

kucing.......

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].





Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW  
pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

kek batik

Setelah 2kali cobaan membuat kek batik tak berjaye, 
akhirnye nasib menyebelahi aku ngn cubaan ke-3.



COBAAN  KALI PERTAME......
mase pertame kali wat dlu xmnjadi. xthu la kt mane clapnye...excited bebenor membuatnye.ble da siap kononye nk mkn la nie..tetibe nk ptg,xlh nk ptg bab keras mcam batu..hahahahahaha...

COBAAN KALI KEDUE.......
cobaan kali ke-2 hari len lak.. thu x ape y jadi???hahahaahahaha....org y ad d tempat kejadian je y thu.da y td keras, y kali ke-2 ni lak lembik. terpakse lam mkn gne sudu cm bubur ...hahahahahahaha...

COBAAN KALI KETIGE.......
hari ni la hari kejadian...mule2 takut gak nk wt..tkut xmnjadi,membazir n bunda pun membebel 4 bakul la jawabnye..p try gak.."usehe tgge bas kan"...akhirnye terhasil gak kek batik aku. So..gumbira y teramat la kan..kih3...


Saturday 23 July 2011

Teksi

Teksi???????np ngn teksi??ni la nk kongsi sikit cter lwak. lwak la bg aku..bg korang xlwak kot. Tiap kali aku tgk teksi,msti aku nk gelak,nk tau x nape?????? Sebabnye…….hahahahahahaha….

Ad satu hr 2,lupe lak ble hri kejadian.y pasti mse 2 aku cti.kua la jaln2 ngn kengkwan..boring dk tperap kt blik je kan.pas seharian bjalan n penat pn da melande..aku pn blik la.nk cpat punye pasal nek la LRT. Bab ptg jaln jem seharusnye tmbg teksi pn melambung-lambung la kan lau da namenye jem. Igtkan nek LRT leh elak jem. Upenye jem gak.. jem ngn org.nk xnk kene nek gak la..xkn nk nek teksi kot.

Pas 2 nek je LRT. msg2 mke penat.xlme pn nek LRT kitorang pn sampai. Memg rezeki kitorg la mse 2. turun je LRT, teksi da ad.bkn men byak ag teksi bratur. Da byak teksi kitorang jd kelabu mate “tamak” la senang kate.xnk nek teksi buruk.nk nek teksi baru. Kbetulan ad la sebuah teksi baru. Teksi 2 bratur y ke-4 dr depan..kitorang pun gtaw la. “pakcik nk blik um”..thu x pakcik 2 jwab ape????? Hahahahahaha..ni la y aku nk gelak…..pak cik 2 kate, ”nek teksi y depan skali dik,ikut giliran”..dengan muke cover kitorang g la kt teksi petame.

Sampai je kt blik,kitotang gelak bkn men. 2la,ngade nk teksi baru. Amek kaw mlu muke sndri…..msti pkcik 2 kate, “bdak2 ni msti first time nek teksi”..hahahaha..TEKSI-TEKSI….by the way leh jd pngajran kt kitorang,.hik3.

p/s : belajar dr kesilapan…hehehehe..  

Friday 22 July 2011

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Thursday 21 July 2011

kebaikan n kelebihan memlihara kucg.....


Mungkin kite tak sedar banyak faedah y dapat diperolehi ngn membela kucg n menyayanginye..jom kite same2 review mnfaat membela kucing terhadap manusie.............

  • menurunkan risiko serangan jantung
  • meningkatkan daye than penyakit
  • mencegah alergi
  • membantu mencegahasma pd ank
  • mengurangkan tekanan darah
  • menurunkn kolestrol
  • mengurangkan risiko mndpat stroke
  • menjadikan mood anda dlam "cool"
  • mengurangkan kesepian  


ad huraian sebenarnye..xlarat aku nk menaip...sejauh mne kebenarannye aku xthu..bab aku pun bace lam internet..nk thu lebih lanjut..ajin2 la search kt tenet...



3 soalan 1 jwapan


Ada seorang anak muda ini telah pulang ke tanah air setelah sekian lama ke luar negara. Apabila dia pulang, dia meminta ibu bapanya mencari seorang ulama' atau profesor yang dapat membantunya menjawab 3 soalan yang menganggu fikirannya..

 
Anak muda :Siapa anda? Adakah anda dapat menjawab soalan saya?


Ulama' :Saya salah seorang hamba Allah dan insyaAllah saya boleh menjawab soalan anda.
Anak muda :Anda pasti? Saya dah jumpa banyak profesor dan mereka tidak dapat menjawab soalan saya.
Ulama' :Saya akan cuba sebaik mungkin dengan bantuan Allah
Anak muda :Saya ada 3 soalan :

1)ADAKAH ALLAH WUJUD?
2)APA ITU TAKDIR?
3)JIKA SYAITAN DIBUAT DARIPADA API,MENGAPA AKHIR SEKALI DIA AKAN DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA YANG JUGA DIBUAT DARIPADA API. SUDAH PASTI TIDAK AKAN MENYAKITKAN DIA KERANA SYAITAN DAN NERAKA SAMA-SAMA DIBUAT DARIPADA API?

~Tiba-tiba ulama' itu menampar pipi anak muda itu dengan kuat~

Anak muda :(dalam kesakitan) Hei,mengapa anda marahkan saya?
Ulama' :Saya tidak marah.Tamparan tadi adalah jawapan saya kepada 3 soalan anda tadi.
Anak muda :Saya tidak faham.
Ulama' :Apa yang anda rasa selepas saya menampar anda tadi?
Anak muda :Sudah pasti saya merasa kesakitan.
Ulama' :Jadi,anda percaya yang kesakitan itu wujud?Tunjukkan bagaimana rupa kesakitan itu?
Anak muda :Saya tak boleh.
Ulama' :Itulah jawapan saya pada soalan anda yang pertama. Setiap daripada kita dapat merasakan kewujudan Allah tanpa kita dapat melihat rupaNya.
Ulama’:Adakah malam tadi anda bermimpi anda akan ditampar oleh saya?
Anak muda :Tidak
Ulama' :Adakah anda terfikir yang anda akan mendapaat tamparan daripada saya?
Anak muda :Tidak
Ulama' :Itulah 'TAKDIR'.Saya menggunakan tangan saya untuk tampar anda tadi.(dengan izin Allah)
Ulama’: Daripada apa, tangan saya dibuat?
Anak muda :Kulit
Ulama' :Bagaimana dengan muka anda?
Anak muda :Daripada kulit juga
Ulama' :Bagaimana anda rasa selepas ditampar oleh saya?
Anak muda :Kesakitan
Ulama' :Walaupun syaitan dan neraka sama-sama dibuat daripada api, kalau Allah kehendaki ,InsyaAllah neraka itu adalah tempat paling sakit untuk syaitan.
 
Diingatkan:  JANJI JANJI ALLAH DATANG DENGAN PERINTAH PERINTAH ALLAH.....

Wednesday 20 July 2011

cerita tak msuk akal??????


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

Monday 18 July 2011

girl generation vs super junior....

lihat ape perbezaan antre 2 video ni.......

GIRL GENERATION


SUPER JUNIOR

The end.......

Sunday 17 July 2011

al kisah.............

Kisah bermule ngn sorg member aku nie…hobi ye ngail..ngail xkire mase.sampai satu mse 2 ngah musim exam,sempat ag g ngail…kesimpulannye mase dk kt laut byak ag dr duk kt darat..minat punye pasal katekan.emmm..bia la kije ye..sebenarnye aku xthu nk merepek ape ag nie.bab cter orang kan..bukn cter aku.tp ats prmintaan ye,aku wt la..tkut ad y “nyetok” merajuk…hahahahaha…xd idea la nk mengarang panjang2…tgok je la gambar nie erk..aku bkan nye ajin sgat nk mengarang sebenarnye,,hik3…



ni la member aku....teke umo bpe???? 

kt bwah ni plak tempat tdo ikan2 y ye ngail..udang pun ad....

ikan pe 2 erk????aku xknl nme2 ikn nie..

ni la udang..p udang ape erk??????udang galah kot...

cntik kn??????hehehehehe...


ukes..2je y aku mampu wt tok membe aku..lau tak puas ati comment je la..kritikan dtrime ngn ati y terbuke...
"saye budak bru blajar"..hehehehe..da...




Saturday 16 July 2011

PERNAKAH TERFIKIR UNTUK BERUBAH??????????

BANTULAH AKU MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH



Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )

Maka Dengan Itu Ucapkan Syukur Alhamdulillah Kerana Allah sentiasa memberikan Petunjuk dan Hidayahnya kepadaku, memberikan Kesihatan kepadaku, memberikan kejayaan hidup kepadaku Dan memberikan Kekayaan harta kepadaku Dan juga Bersyukur sangat sangat atas segala nikmat yang diberikan kepadaku. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah.

Saturday 9 July 2011

kami bebudak JSE

JSE???? ap 2????? cm plik je bunyi..lau korang nk thu..JSE tu maksudnye JABATAN SYARIAH & EKONOMI. lam JSE nie cm2 suke duke,susah senang kitorang tempuh same2..kitorang nie lh dkatekn cm adik bdik la..p len mak len ayah ..hehehehehe...ok la..nk mengarang panjg2 pn aku ni xbpe nk xrti..bkn jenis otak  mengayat. stakat sepatah due tu leh la...tgk je la gmbr kitOrang erk.......nunjuk2 plak..hehehehehe..xkisah la...

*ni time dinner JSE ri 2. y laki kt tgah tu la lecturer kami y pling sporting..nmenye DR AHMAD AZAM SULAIMAN*


*kelas prinsip ekonomi..bkn men ag muke cover sume*


*otw nk g umah ustz azizi nie...sempat ag bergmbr kt LRT..ngeee...*


*ni la ustz azizi ngn isteri ye..*


*eh..nie time ble???? lupe..hehehehe

setakat nie je y aku mampu nk upload bab brdbnd xbape nk laju..dk "bndar" kn biase la.....p nantikan kami d sem akan dtang dgan pelbagai2 ragam...da..............





Thursday 7 July 2011

aku.......

xd pape pn y menarik sal aku. cume nk kongsi sikit susah senang hidup aku. kisah aku bermula dgan kelahiran..aku dlahirkan dan d tiggalkan di sebuah masjid. setelah beberapa hari aku berada di masjid, seorang nenek  menjumpai aku...dan membawe aku pulang kerumahnye..aku d jage dan d beri mkan sperti biase..cume tidak seenak insan len..(dpat mkn memilih lak..hehehehe)..setiap hari aku hanye diberi nasi berlaukn ikan kering,tido tidak berlapik .demi mengubah nasibku,aku berjinak-jinak dengan suasane lua......

satu pagi........

seperti biase pd wktu pagi aku bersiar-siar d halaman rumah..tetapi  pd hari itu..aku berjalan lebih jauh dan aku berhenti di sebuah rumah usang..tibe2,datang seorang insan..sejak hari tu,aku berkwan dengannye..dan dia sentiase memberi aku mkan...

sehinggelah pd suatu hari......

aku tunggu si dia di rumah usang seperti biase..sejak dr pagi hingga ke ptg.namun si dia tidak muncul...kemudian aku pulang dengan tande tanye.....kemanekah si dia??????? aku tidak putus ase..gnap semggu aku tggu si dia dan akhirnye penantian aku terjawab....setelah seorang pak cik (ayah si dia) memberitahu y si dia telah ke bandar untuk melanjutkan pelajarannye..betape sedihnye aku mendengar..huhuhuhu....tanpe bercakap bnyak..aku berjalan pulang....

hr2 berlalu begitu sahaje.......

dalam diam2 aku beranikan diri untuk kerumah si dia...pada mulanye memang la aku takut.tapi demi mengubah nasibku..aku terpakse memberanikan diri...pada mulenye aku sentiase dihalau..lame-kelamaan kehidupan aku berubah.aku diberi mkan dengan mkanan y enak2..tidak lagi nasi berlaukkan ikn kering (riak sikit hiks3x),tdo di atas tilam spring dan bergaul bebas dengan keluarge si dia..

Akhirnye hidup aku bgie hinggelah hari ini...................................


 
                                                ~ aku ~                            ~ si dia ~
         


cerpen y tak se cerpen mane..hehehehehehe....

Sunday 3 July 2011

kekasih hatiku

setiap insan memiliki sesuatu y disayangi..begitu juga aku.....aku memiliki seekor kucing yang dnamakan  comel...walaupun ia tidak seperti name..tetapi ia memiliki sifat y unik..y jarang dimiliki oleh kucing lain.....


comel.....


d ambil dr rumah saudare ku..dijaga oleh nenekku dr kecil hingge mnjd ibu.........slpas nenekku sakit....hak penjagaan comel jtuh ke tangan ku.....






comel memiliki sikap y unik dan jarang dimilik oleh kucing lain....


    
                                          
                         suke meniarap........                                 




suke minum air milo.........   

Sekian sahaje sdikit coretan untuk mngisi mase lapng....hehehehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...