Sunday, 25 September 2011

kawan biase atau teman istimewa.......

Assalamualaikum…

    ~ Setelah sekian lame menyepi.. Akhirnye aku muncul ngn jiwe lain plak....."jiwang sikit"...;) ~

 Indahnya alam percintaan itu apabila ia digauli dengan pelbagai rasa emosi yang mengubah-ngubah rentak hati. Kali ini saya ingin menyingkap tentang tanggapan seseorang terhadap diri kita sama ada sebagai teman yang istimewa di hatinya atau sekadar kawan biasa. Dalam sebuah perhubungan yang terjalin, baik di pihak lelaki mahupun wanita akan mengharapkan sebuah ikatan yang teguh. Kalau boleh hubungan itu ingin diakhiri ke jijang pelamin. Pengharapan ini dibuat setelah timbulnya titik-titik keserasian, persefahaman dan lain-lain faktor yang akan menjurus pasangan itu ke arah gerbang perkahwinan.

Namun begitu, setiap titik keserasian dan persamaan ini barangkalitidak akan terlihat kalau sesebuah perhubungan itu baru terjalin. Malah jika terjalin sekalipun belum tentu akan terungkap atau diakui oleh hati "Ya, inilah dia insan yang aku cari untuk dijadikan pasangan sepanjang hayat". 

Tahukah anda bahawa ada sesetengah orang lebih suka berkawan tetapi tidak mahu mengakhirinya ke alam rumahtangga? Pernahkah terjadi setelah anda berkawan sebegitu lama dengannya dan si dia juga pernah meluahkan rasa sayangnya terhadap anda tetapi akhirnya anda dengar perkhabaran bahawa si dia telah berkahwin dengan orang lain. Bukankah anda yang menjadi teman setianya pada setiap ketika dan waktu dalam hidupnya selama ini? Apa perasaan anda? Kecewa, terluka, remuk hatiku atau lain-lain perkataan yang sinonim untuk menggambarkan perasaan yang anda alami itu. Memang mengecewakan kerana kepada si dialah anda menaruh harapan dan bergantung harap untuk hidup bersama setelah sekian lama mengenali hati budinya.

Jadi bagaimanakah untuk mengetahui bahawa anda hanyalah kawan biasa pada tanggapannya dan bukanlah seseorang yang istimewa di hatinya? Mungkin fakta-fakta di bawah boleh membantu kita mengenali reaksi sebenar yang terbuku di lubuk hati si dia agar perkara mengecewakan tidak berulang lagi.

1. Jarang sekali mengucapkan kata-kata rindu

Kebiasaannya, bagi mereka yang dilamun percintaan pasti akan merasakan tiada apa yang mampu menahan gelodak rindu dari muncul kecuali apabila mendengar atau menerima perkhabaran dari si dia. Sehari tidak menerima pesanan ringkas darinya jiwa jadi tidak keruan. Atau mungkin jika tidak mendengar suaranya umpama dunia gelap gelita. Perasaan rindu itu tidak tertahan dan kalau boleh setiap hari anda ingin bertemu dan berada di samping si dia.

Tetapi kalau si dia jarang atau tidak pernah walau sekali mengucapkan kata rindu, sayang dan cinta atau sebagainya; anda perlu sedar bahawa kehadiran anda di sisinya hanyalah sekadar kawan biasa sahaja. Perasaan tidak boleh ditipu dan kalau benar-benar rindu orang akan meluahkan rasa rindu itu dari lubuk hati kerana rindu itu bukanlah sekadar pengucapan manis yang lahir dari mulut semata-mata.

2. Tidak mengajak anda bertemu keluarga

Bagi sesebuah perhubungan yang serius biasanya akan diakhiri ke alam perkahwinan. Ada yang bertemu dalam jangkamasa yang singkat tetapi sudah mengajak anda bertemu dengan keluarganya agar ikatan yang terjalin itu terus diperkukuhkan. Tetapi kalau sudah lama anda menjalin hubungan dengannya namun tiada sebarang tanda dia si dia ingin membawa anda bertemu keluarganya atau mungkin pelbagai alasan diberikan apabila anda mula bicara tentang keluarga maka faham-faham sahajalah apa maksud yang tersirat di hatinya.

3. Sering memperkenalkan anda sebagai kawan baik

Istilah popular dewasa ini adalah "teman tapi mesra". Pernah atau tidak anda perhatikan si dia seringkali memperkenalkan anda sebagai kawan baiknya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Dia jauh sekali mahu memperkenalkan anda sebagai teman istimewanya. Jika perkara ini berlaku, maka anda harus sedar bahawa si dia kurang berminat untuk mengakui anda sebagai kekasihnya.

Perihal ini berlainan sama sekali dengan mereka yang benar-benar dilamun cinta. Biasanya orang yang dilamun rasa cinta tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan insan istimewa di hatinya kepada khalayak umum.

4. Gurauan kasar

Kadangkala bukan sikap semulajadi seorang lelaki itu untuk berlagak kasar di hadapan wanita. Ini kerana mereka sering beranggapan bahawa wanita adalah insan yang lemah dan terlalu sensitif. Tetapi jika si dia sering bergurau dengan luahan kata-kata yang agak kasar dan sensitif, itu tandanya si dia hanya menganggap anda sebagai teman biasa sahaja.

Kawan seringkali tidak kisah dengan apa yang kawan perkatakan kerana mereka tiada sebarang ikatan istimewa. Tetapi jika anda adalah kekasih, nescaya si dia akan sedaya upaya menjaga perasaan dan hati anda daripada dilukai secara sengaja atau tidak.

5. Tidak kisah apa yang anda lakukan

Lazimnya wanita itu bersifat terlalu sensitif. Maka tidak hairanlah apabila lelaki bersikap kasar sedikit atau meluahkan kata-kata yang sensitif mereka akan cepat terasa hati. Anda mungkin pernah meminta pendapat dari pandangan si dia tentang baju yang anda pakai, pekerjaan yang anda buat dan lain-lain lagi namun jawapan yang diberikan hanyalah biasa-biasa sahaja.

Jawapannya langsung tidak meyakinkan. Jika ini yang berlaku maka eloklah anda berpendirian bahawa kehadiran anda di sisinya hanya sekadar kawan biasa dan bukanlah seorang teman yang istimewa.



Kesimpulan

Walau apa jua yang anda lakukan dalam mencari sebuah cinta, anda perlu waspada kerana apa juga tindakan yang anda lakukan anda yang bakal menerima akibatnya. Jangan melakukan perkara yang mungkin boleh memalukan diri anda sendiri. Anda perlu mengawal perasaan dan jangan terlalu mudah menyukai atau mencintai seseorang tanpa keyakinan dan sebab yang kukuh. Sekian......... Wasalam.......

Saturday, 13 August 2011

Senario Perkahwinan


*ASSALAMUALAIKUM*
Situasi 1
Awal Perkahwinan
Isteri : “jom pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah..Bosan”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri :  “jom pergi shopping”
Suami : “Abg ad hal.lain kali erk..”

Penghujung Perkahwinan
Isteri : ““jom pergi shopping”
Suami : “abang penat la.Ayang pergi sendiri la…”

Situasi 2
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kat kedai ye..”
Suami : “OK....No problem”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kat kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke?”

Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kat kedai ye..”
Suami : “lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abg.”

Situasi 3
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung.”
Suami : “Abang tak sabar nak tunggu kelahiran anak kita..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak.”
Suami : “Abang mengantuk la…..Ayang buat la…”

Penghujung Perkahwinan
Isteri : “cuba awak tegur anak tu sikit.”
Suami : “ Haiiiii…..ank awak,awak ajelah yang tegur”

Situasi 4
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang nak masak.Abang kemas rumah ye…”
Suami : “ OK..no problem…”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang nak masak.Abang kemas rumah ye…”
Suami : “Saya penat.awak ajelah yang buat.”

Penghujung Perkahwinan
Isteri : Ayang nak masak.Abang kemas rumah ye…”
Suami : “awak tak boleh buat ke?”


Situasi 5
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa???”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa???”
Suami : “Setiap tahun saya berikan.tak cukup ke??????”

Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa???”
Suami : “tak payah la hadiah-hadiah………”

Situasi 6
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “OK…No problem…”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai buat rendang..”
Suami : “Awak ni pemalas laa..”

Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai buat kek…”
Suami : “Mak ko tu.dari dulu tak pandai masak…..”

*WASSALAM....*






Monday, 8 August 2011

bolehkah lelaki pakai emas putih?

Cincin 18 karat emas putih yang berharga RM3,000.
Lelaki kini tidak lagi berada di takuk lama. Perubahan fesyen yang begitu pesat turut memberi impak kepada penampilan lelaki untuk lebih bergaya dan trendy.
Bagaimanapun, ramai lelaki masih berfikiran sempit dari segi penampilan sehingga menyebabkan mereka menjadi ketinggalan dalam dunia fesyen.

Pemikiran sebegitu sebenarnya silap kerana ia menghalang lelaki menjadi lebih stailo, berani dan moden. Seharusnya mereka perlu berani tampil dengan pemakaian aksesori yang menampakkan seseorang itu lebih maskulin.

Mereka juga selalu beranggapan bahawa aksesori hanya sesuai digayakan oleh wanita. Bagi mereka, tiada faedahnya untuk membeli pelbagai jenis aksesori, cukuplah hanya memakai cincin sahaja. Ini kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi, selain tiada masa untuk bergaya. Kepada golongan lelaki yang berfikiran sedemikian, cuba berusaha untuk mengubah persepsi tersebut.

Mulakan hari ini dengan penampilan segak dan bergaya. Jangan takut bereksperimen dengan aksesori.
Selberan, satu nama yang terkenal dalam pembikinan barang kemas khususnya emas putih, platinum dan berlian, kali ini tampil dengan aksesori baru untuk lelaki.
Sesuai dengan pilihan cita rasa masa kini, Selberan sentiasa memperbaharui rekaannya mengikut kehendak pelanggan.

Memberikan yang terbaik untuk dipandang mata, koleksi Selberan hanya menawarkan pilihan yang seiring dengan pendirian jenamanya iaitu moden dan estetik agar pemakainya kekal anggun, muda dan trendy.
Antaranya, loket berbentuk bulat dan empat segi bujur serta cincin. Setiap satu diperbuat daripada emas putih 18 karat dan dihias dengan berlian Selberan.

Bagi koleksi Hardware & Architecture Inspired pula, mengandungi dua bentuk cincin dan dua loket yang menampilkan reka bentuk peralatan logam dan senibina.

Manakala bagi lelaki yang inginkan cincin yang unik tetapi elegan, boleh memilih himpunan cincin yang berbentuk geometri, setiap satu diperbuat daripada emas putih 18 karat.

Soalan :
Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning? 

Jawapan :
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: “halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda: “Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.
  
 
Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh , fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. 
  
Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. 

Juga disebut bahawa :-
“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan
Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih.  Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW.

Tuesday, 26 July 2011

kucing.......

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].





Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW  
pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

kek batik

Setelah 2kali cobaan membuat kek batik tak berjaye, 
akhirnye nasib menyebelahi aku ngn cubaan ke-3.



COBAAN  KALI PERTAME......
mase pertame kali wat dlu xmnjadi. xthu la kt mane clapnye...excited bebenor membuatnye.ble da siap kononye nk mkn la nie..tetibe nk ptg,xlh nk ptg bab keras mcam batu..hahahahahaha...

COBAAN KALI KEDUE.......
cobaan kali ke-2 hari len lak.. thu x ape y jadi???hahahaahahaha....org y ad d tempat kejadian je y thu.da y td keras, y kali ke-2 ni lak lembik. terpakse lam mkn gne sudu cm bubur ...hahahahahahaha...

COBAAN KALI KETIGE.......
hari ni la hari kejadian...mule2 takut gak nk wt..tkut xmnjadi,membazir n bunda pun membebel 4 bakul la jawabnye..p try gak.."usehe tgge bas kan"...akhirnye terhasil gak kek batik aku. So..gumbira y teramat la kan..kih3...


Saturday, 23 July 2011

Teksi

Teksi???????np ngn teksi??ni la nk kongsi sikit cter lwak. lwak la bg aku..bg korang xlwak kot. Tiap kali aku tgk teksi,msti aku nk gelak,nk tau x nape?????? Sebabnye…….hahahahahahaha….

Ad satu hr 2,lupe lak ble hri kejadian.y pasti mse 2 aku cti.kua la jaln2 ngn kengkwan..boring dk tperap kt blik je kan.pas seharian bjalan n penat pn da melande..aku pn blik la.nk cpat punye pasal nek la LRT. Bab ptg jaln jem seharusnye tmbg teksi pn melambung-lambung la kan lau da namenye jem. Igtkan nek LRT leh elak jem. Upenye jem gak.. jem ngn org.nk xnk kene nek gak la..xkn nk nek teksi kot.

Pas 2 nek je LRT. msg2 mke penat.xlme pn nek LRT kitorang pn sampai. Memg rezeki kitorg la mse 2. turun je LRT, teksi da ad.bkn men byak ag teksi bratur. Da byak teksi kitorang jd kelabu mate “tamak” la senang kate.xnk nek teksi buruk.nk nek teksi baru. Kbetulan ad la sebuah teksi baru. Teksi 2 bratur y ke-4 dr depan..kitorang pun gtaw la. “pakcik nk blik um”..thu x pakcik 2 jwab ape????? Hahahahahaha..ni la y aku nk gelak…..pak cik 2 kate, ”nek teksi y depan skali dik,ikut giliran”..dengan muke cover kitorang g la kt teksi petame.

Sampai je kt blik,kitotang gelak bkn men. 2la,ngade nk teksi baru. Amek kaw mlu muke sndri…..msti pkcik 2 kate, “bdak2 ni msti first time nek teksi”..hahahaha..TEKSI-TEKSI….by the way leh jd pngajran kt kitorang,.hik3.

p/s : belajar dr kesilapan…hehehehe..  

Friday, 22 July 2011

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...